Resepi bingka ubi ni merupakan kuih tradisional Melayu yang
semakin hari dah semakin susah nak jumpa sekarang ni. Cara nak buatnya
sebenarnya sangat mudah.
Dengan 4 bahan je dah cukup untuk menghasilkan kuih
yang sangat sedap ni.
Saya sukakan tekstur kuih yang sedikit la berkerak, bila
gigit kerak dan juga isi yang lembut tu rasa macam meletup-letup kat dalam
mulut. Ok jom kita cara penyediaannya.
Bahan-Bahan
4 Cawan Ubi Kayu (Sukat selepas diparut)
3/4 Cawan Gula (Revised balik sebab lepas makan banyak-banyak
rasa manis pulak )
2 Cawan Santan Pekat
1 Sudu Kecil Garam