Bila tiba ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa bermula subuh sehingga lah maghrib. Tiba waktu berbuka, ini lah waktu yang paling digemari oleh semua kerana pelbagai juadah akan dihidangkan tidak kira lah dari membeli atau memasak sendiri.
Selama 30 hari menjalani ibadah puasa ini, pastinya semua mahu untuk memasak menu berbuka puasa.Jangan risau Ges Resepi akan kongsi menu berbuka puasa 2020.
- RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
BAHAN – BAHANNYA
- 1 kg siput sedut
- 3 batang serai, diketuk
- 1 helai daun kunyit, disiat
- 1 keping asam gelugor
- 1200 ml santan cair
- 400 ml pati santan
- Garam secukup rasa
BAHAN – BAHAN KISAR HALUS
- 2 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 3 biji cili merah
- 10 biji cili padi (optional)
CARA MEMBUATNYA
Siput sedut dicuci bersih, kemudian kerat hujung siput (kerat pada bahagian senggan ketiga dari atas), buat hingga siap dan masukkan ke dalam bekas besar. Tuang air hingga penuh cuci sekali lagi dan toskan. Ulangi proses ini sekali lagi, tapi kali ini anda cedok siput tadi guna tangan dan masukkan dalam tapis, tujuannya untuk mengelakkan serpihan2 bahagia siput yang dikerat tadi ikut termasuk sekali. Ketepikan.
Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata dan biarkan menggelegak., Kacau perlahan.Tuang santan pekat, masukkan daun kunyit. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa. Tambah garam secukup rasa Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
2. RESEPI PARU GORENG BERLADA
Bahan rebus:
- 700 gram paru
- 2 hiris halia
- 1 batang serai – ketuk
- Sedikit garam
Bahan tumbuk kasar:
- 9-10 tangkai cili merah – boleh guna cili kering kisar
- 5 ulas bawang putih
- 10 ulas bawang merah
- 1 inci halia
Bahan lain:
- 1 batang serai – ketuk
- 2 sudu besar gula atau secukupnya
- Garam
- 1 keping asam keping
Cara Memasak:
Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi . Tos kan airnya.
Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.
Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.
p/s: guna api besar kalau nak paru kekal rangup.
3. RESEPI DAGING MASAK HITAM
Bahan bahan:
- 250g daging
- 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
- Gula pasir/gula Melaka
- 1 sudu kecil air asam jawa
- Bawang besar potong gelang
- Cili kisar – ikut pedas mana
- Bahan Kisar:
- 1 batang serai
- 1 inci halia
- 3 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 2 biji buah keras
Cara Masak:
Rebus daging sampai empuk. Nak cepat boleh rebus dalam pressure cooker. 15 minit dan empuk. Angkat dan ketepikan. Rebusan air daging jangan buang.
Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga pecah minyak. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.
4.RESEPI SUP IKAN MERAH
Bahan:
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji – tumbuk
Tomato belah 4
Cara Masak:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. masukkan tomato. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.. tabur daun sup dan daun bawang.
5.RESEPI AYAM GORENG SOS PLUM
Bahan:
- dada ayam – dipotong kecil
- sedikit lada putih,
- garam dan tepung jagung
- 3 biji kentang – potong dan goreng kejap
Bahan A :
- 5 ulas bawang merah – dikisar
- 3 ulas bawang putih – dikisar
- 1 inci halia – dikisar
- 3 biji cili merah – dikisar
Bahan B:
- 3 sudu besar sos plum – guna brand life
- 2 sudu besar sos cili thai
- 1 sudu besar sos tiram
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit kiub ayam
Cara memasak :
Gaulkan dada ayam bersama serbuk lada putih dan garam kemudian salutkan dengan tepung jagung dan goreng sekejap. Tak payah terlalu garing. Panaskan minyak dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air ( agak2 yerk nak kuah byk mana ), garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ayam, sebatikan dan masukkan ayam dan kentang yang digoreng tadi, sebatikan dan biarkan sebentar. Masukkan hirisan daun bawang, kacau kejap dan terus angkat.
Follow Fanspage Facebook : https://www.facebook.com/Resepimasakandankue