Resepi ayam black paper berkuah ini untuk berbagai menu masakan dan buat pun mudah. supaya anak-anak anda sendiri tak bosan makan di rumah.Jangan risau, menu ini mudah untuk disediakan dan boleh guna bahan-bahan yang ringkas sahaja.
Cuma pastikan daging dah empuk digoreng, hati lembu direbus dan digoreng terlebih dahulu serta sotong direbus sekejap. Barulah dapat kuah blackpper yang pekat dan sedap.
Untuk dapatkan ayam goreng yang juicy, pastikan anda perap ayam dengan sedikit garam dan bawang putih tumbuk sekitar 15 minit. Barulah digoreng separuh masak terlebih dahulu.
Nak sedap lagi, gunakan lada hitam berbiji bukan serbuk. Tumbuk sendiri Sayuran yang sedap dicampur dengan menu blackpepper ini ialah lada benggala, kacang panjang,hirisan bawang besar dan juga hirisan cili. Boleh pilih yang mana ada stok dalam peti.
Bahan Ayam Black Paper:
- Lada merah dan lada hijau
- Minyak
- kulit kayu manis
- bunga lawang
- bunga cengkit
- biji pdelaga
- 7 ketul ayam
- 1 sudu kecil lada hitam
- 6 bawang merah
- 1 inci halia
- 1/2 cawan air
- 2 bawang putih
- 1 batang lobak merah
- 4 cili padai
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 4 sudu besar kicap manis
Perap ayam black paper:
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam
- 2 sudu besar sos tiram
Cara Masak Ayam Black Paper Yang Sedap Dan Simple
- Mula – mula tumbuk bawang merah dan bawang putih
- Lepas tu Hiris halia, bancuh tepung jagung dan potong biji lobak merah
- Siapkan rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, biji pdelaga dan bunga cengkih)
- Perap ayam selama 25 minit
- Lepas tu goreng atau panggang ayam tu dan jika dah tepikan
- Panaskan minyak dalam kuali di atas api, tumis rempah yang dah disiapkan tu tadi
- Lepas tu tumis tumis bawang merah dan bawang putih yang dah di tumbuk tu td bersama lada hitam dan halia hingga bau tu naik
- Masukkan cili padi tu dan tumis sekali, jika tak suka cili tak letak pun tak jadi soal
- Kemudian tambahkan air, kicap manis dan sos tiram kedalam kuali dan kacau hingga sekata
- Masukkan lobak merah tu hingga lobak tu jadi empuk
- Lepas tu masukkan bancuhan air tepung tu dalam kuali
- Dah siap, masukkan ayam, sikit gula dan garam lepas tu gaul hingga sekata
- Dan akhir masukkan lada hijau dan merah kedalam kuali tuk hiasan and dah siap tuk dihidangkan dan santap